kecintaanku menjadi kemabukan

tiap terfikir tentang mati

namun takkan aku minta ianya terjadi

selagi Kekasihku belum MengHendaki

aku menjadi terlalu gila untuk sedarkan diri

dalam mabuk tentang mati

pengalaman yang belum aku alami

tapi mati adalah cinta hati

aku menanti Hari Kebangkitan

bila kutemukan bentuk makna

manis penderitaan yang aku lalui

ia berterbangan bebas

bagai indah kupu-kupu di taman bunga

aku kuntum yang paling manja

menebarkan wewangian syurga

kamu

kamu

kamu

di manakah dambaan hatiku

sifu kesayanganku

akan aku bawamu terbang jauh ke sana

ke tempat persemayaman cinta

sayangku

KeSaksian Alast menjadi dasar

perasaan sayangku padamu

aku sayang padamu kerana Dia

mahuku persembahkan cintaku padamu

disaksikan para kekasih kita

aku ingin berkenalan mesra

dengan bentuk makna segalanya kamu

anak-anak pikiranmu

ceritakan padaku sayang

erti makna dalam bentuk makna cinta kita

 

 

 

 

cherry's niche